Maaf jika catatan ni menyinggung perasaan anda! Siapa makan cili dia lah yg terasa pedasnya!
Kita dikurniakan oleh Allah dgn rezeki & nikmat yg berbeza2. Ada yg kaya, cerdik, sempurna dan sebagainya. Dlm pd yg sama, ada juga yg miskin, cacat, hodoh dan sebagainya. Semua kelebihan & kekurangan ini bukanlah lesen utk kita bermegah2, berlagak bongkak, sombong kpt meraka yg malang mahupun yg kurang bernasib baik.
Dan jgnlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kpd manusia, dan jgnlah engkau berjalan di bumi dgn berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap2 org yg sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman : 18)
Ayat ini merupakan ungkapan Luqman kpd anaknya adalah satu amaran kpd manusia demi memperbetulkan sistem sosial dlm masyarakat Islam. Islam mengajar umatnya akan erti kasih sayang, hormat-menghormati & saling membantu sebagai ikatan sosial. Tanpa ikatan ini maka kekuatan ummah akan goyah dan kelangsungan ummah akan musnah.
Kita sewajarnya sedar kemungkinan satu hari nanti nasib kita pula berubah drp kaya menjadi miskin, drp cantik menjadi hodoh, drp sihat menjadi cacat dan demikianlah seterusnya. Kesombongan dan ketakburan yg kita zahirkan tidak akan membawa kita menjadi lebih hebat dan nikmat yg berkekalan.
Perlu kita ingat kekayaan, kecantikan, kedudukan serta kepandaian hanyalah satu pinjaman didunia semata2 dan akhirnya kita akan kembali kepada Allah berbekalkan amal kebajikan serta sedekah jariah kita.
Tuesday, February 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment