Apa yg sempit?? Rumah sempit, seluar sempit malah poket pun sempit. Dialog ni aku amek dr filem Adnan Sempit. Fuhhh memang kelakar giler filem ni. Tak sia2 aku & anak2 gi nengok. Dari mula masuk panggung sampailah lampu dinyalakan, tak henti2 ketawa. Dengar cerita kutipan dah melebih 5.2 juta dlm masa 12 hari. Cayalah, tahniah kat Ahmad Idham!
Aku bukan nak cerita pasal filem ni. Korang bole gi tengok sendiri. Apapun memang berbaloi2....
Apa yg aku ingin kongsi bersama adalah sikap produser filem ni, David Teoh. Walaupun dia bangsa Cina, aku respect kat dia terutama cara dia berfikir. Iyalah, bila filem2 dia box office je, dia agihkan habuan ni kat semua pelakon & krew2. Tak kiralah org tu pelakon utama ke or sekadar tukang bawak props.
Aku pernah baca kisah dia dlm majalah. Dulu dia pun susah, kerja sana sini, buat benda sume tak menjadi. Nak dijadikan cerita, dia jual apa yg dia ada pastu dia buat drama tak silap aku. Drama tu plak "menjadi". Dgn modal tu dia belajar plak cara2 nak buat filem. Jumpa plak Ahmad Idham. Apa lagi bertambah menjadi la plan dia. Idea Ahmad Idham not bad, maka lahirlah Rempit.
Dia cerita lagi, walaupun dia ada duit, dia kata duit tak penah lekat kat tangan. Habis cam tuh je. Dia pun tak tau beli ape. Satu hari dia jumpa seorg ustaz nie. Dia pun cerita la kisah dia kat ustaz nie. Ustaz ni nasihatkan dia agar "bersedekah". Selepas dpt nasihat tu dia pun mula la bersedekah, tak kira kat org cina ke, melayu ke... alhamdulillah rezeki dia bertambah2...
Tu yg kita tengok semua filem dia buat sume "menjadi". Dah tentu amalan sedekah yg dia amalkan. Dia pun perasan. Walaupun dia bangsa Cina, dia percaya benda2 nie. Kalau korang tak caya, korang tengok la selepas sesebuah filem box office dia akan buat majlis mkn2 pastu agih2kan bonus kat sume org. Tu yg Ahmad Idham dpt cash money, sport car, ada yg dpt rumah, dpt tajaan gi umrah. Aku betul2 respect kat DT nie. Tak de ke producer Melayu yg buat camni???
Kalau org Cina bole percaya benda2 ni kenapa kita org Melayu tak mengamalkanya?? Kalau kita nak bersedekah tak kiralah org tu bangsa ape, kulit ape & keturunan ape.
So ape lagi, mulakan dgn amalan bersedekah. Anda pasti menerima ganjaranya, dari segi pahala dan lain2nya....
Tepuk dada tanya selera.....
Monday, February 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment