Thursday, February 11, 2010

Fayyadh Mukhlis




Cerita mengenai Iman sudah, Eenn pun sudah!
Tak lengkap kalau aku tak cerita pasal anak bujang aku nie... Muhammad Fayyadh Mukhlis bin Fakhrurrozi... He was born in August 3, 2007. Satu2nya anak lelaki aku!

Umor dah 2 tahun lebih tapi masih lagi tak pandai cakap :-( Orang kata kalau cepat jalan, lambat cakap. Betul jugak pepatah tuh. La ni paling suka menyakat bb Eenn, pastu satu badan dia cium. Geram kot!

Aku tengok Fayyadh dgn Iman memang tak bole ngam. Pantang jumpa asek bergaduh je! Bila gaduh, Fayyadh mula tarik rambut Iman pastu cakap 'apa hal'. Aku pun tak tau mana dia belajar perkataan tuh. Nak kata bercampur dgn budak2 lain, tak mungkin coz aku ni dok apartment so anak2 aku memang tak keluar rumah langsung tanpa aku & hubby. Itulah namanya budak2 cepat tangkap apa yg dia tengok dari tv. Geng bas sekolah lah, afi & abah lah & mcm2 cerita lagi... end up aku & hubby tak de 'can' nak tengok tv.

Buat parents 'lu pikir lah sendiri'....







Iman's Birthday @ Smart Reader







Masanya telah tiba... Pagi2 lagi aku dah bangun siapkan segala kelengkapan utk dibawa ke sekolah Iman. Semalaman jenuh buat cup cakes & goodies bag for her friends & teachers. Almaklum lah tahun ni merupakan tahun terakhir Iman belajar di Smart Reader. Tahun depan dah masuk Darjah 1. Dah besar anak mummy!

Teringat masa mummy kecik2 dulu. Langsung tak penah merasa nak celebrate birthday nih!
Bukan kata nak celebrate birthday, masuk tadika pun tak pernah, trus masuk Darjah 1. Beruntung betul anak2 zaman sekarang...






Aida = Eenn




Kalau tengok muka Eenn teringat muka aku masa kecik-kecik. Sama & saling tak tumpah. Aku ni kira comel gak ler masa kecik (perasan!). Mak & abah pun cakap.... :-)


Khaireen Alya (Ee-nn)











Hari ni genap bb Ee-nn 4 bulan. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Anak mummy yg sebijik muka mummy ni dah besar & semakin comel...huhu.

Kakak Iman pun semakin sayang & abang Fayyadh asek nak cium je...
Anak-anak kesayangan mummy & daddy... Bila besar nanti jadi anak-anak yg berguna serta bertanggungjawab kepada agama & bangsa.. Insyallah...

Sunday, February 7, 2010

Bayi 5 bulan didera, diliwat sehingga maut

Masyallah apa nak jadi dgn dunia skrg nie. Tergamak manusia durjana itu melakukannya!

Sedih, geram, sakit hati kala mendengar berita semlm. Bayi berumur 5 bulan maut setelah didera dan diliwat. Bayi dlm nyawa2 ikan terbabit meninggal dunia dlm perjalanan ke hospital.

Polis menahan kedua ibu bapa untuk siasatan! Polis tidak menolok suspek utama, yakni BAPA kepada bayi tersebut.

Al Fatihah buat bayi yang tak berdosa tuh...

Tuesday, February 2, 2010

Bongkak Sombang Tak Kemana

Maaf jika catatan ni menyinggung perasaan anda! Siapa makan cili dia lah yg terasa pedasnya!

Kita dikurniakan oleh Allah dgn rezeki & nikmat yg berbeza2. Ada yg kaya, cerdik, sempurna dan sebagainya. Dlm pd yg sama, ada juga yg miskin, cacat, hodoh dan sebagainya. Semua kelebihan & kekurangan ini bukanlah lesen utk kita bermegah2, berlagak bongkak, sombong kpt meraka yg malang mahupun yg kurang bernasib baik.

Dan jgnlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kpd manusia, dan jgnlah engkau berjalan di bumi dgn berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap2 org yg sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman : 18)

Ayat ini merupakan ungkapan Luqman kpd anaknya adalah satu amaran kpd manusia demi memperbetulkan sistem sosial dlm masyarakat Islam. Islam mengajar umatnya akan erti kasih sayang, hormat-menghormati & saling membantu sebagai ikatan sosial. Tanpa ikatan ini maka kekuatan ummah akan goyah dan kelangsungan ummah akan musnah.

Kita sewajarnya sedar kemungkinan satu hari nanti nasib kita pula berubah drp kaya menjadi miskin, drp cantik menjadi hodoh, drp sihat menjadi cacat dan demikianlah seterusnya. Kesombongan dan ketakburan yg kita zahirkan tidak akan membawa kita menjadi lebih hebat dan nikmat yg berkekalan.

Perlu kita ingat kekayaan, kecantikan, kedudukan serta kepandaian hanyalah satu pinjaman didunia semata2 dan akhirnya kita akan kembali kepada Allah berbekalkan amal kebajikan serta sedekah jariah kita.


Monday, February 1, 2010

Adnan Sempit

Apa yg sempit?? Rumah sempit, seluar sempit malah poket pun sempit. Dialog ni aku amek dr filem Adnan Sempit. Fuhhh memang kelakar giler filem ni. Tak sia2 aku & anak2 gi nengok. Dari mula masuk panggung sampailah lampu dinyalakan, tak henti2 ketawa. Dengar cerita kutipan dah melebih 5.2 juta dlm masa 12 hari. Cayalah, tahniah kat Ahmad Idham!

Aku bukan nak cerita pasal filem ni. Korang bole gi tengok sendiri. Apapun memang berbaloi2....

Apa yg aku ingin kongsi bersama adalah sikap produser filem ni, David Teoh. Walaupun dia bangsa Cina, aku respect kat dia terutama cara dia berfikir. Iyalah, bila filem2 dia box office je, dia agihkan habuan ni kat semua pelakon & krew2. Tak kiralah org tu pelakon utama ke or sekadar tukang bawak props.

Aku pernah baca kisah dia dlm majalah. Dulu dia pun susah, kerja sana sini, buat benda sume tak menjadi. Nak dijadikan cerita, dia jual apa yg dia ada pastu dia buat drama tak silap aku. Drama tu plak "menjadi". Dgn modal tu dia belajar plak cara2 nak buat filem. Jumpa plak Ahmad Idham. Apa lagi bertambah menjadi la plan dia. Idea Ahmad Idham not bad, maka lahirlah Rempit.

Dia cerita lagi, walaupun dia ada duit, dia kata duit tak penah lekat kat tangan. Habis cam tuh je. Dia pun tak tau beli ape. Satu hari dia jumpa seorg ustaz nie. Dia pun cerita la kisah dia kat ustaz nie. Ustaz ni nasihatkan dia agar "bersedekah". Selepas dpt nasihat tu dia pun mula la bersedekah, tak kira kat org cina ke, melayu ke... alhamdulillah rezeki dia bertambah2...

Tu yg kita tengok semua filem dia buat sume "menjadi". Dah tentu amalan sedekah yg dia amalkan. Dia pun perasan. Walaupun dia bangsa Cina, dia percaya benda2 nie. Kalau korang tak caya, korang tengok la selepas sesebuah filem box office dia akan buat majlis mkn2 pastu agih2kan bonus kat sume org. Tu yg Ahmad Idham dpt cash money, sport car, ada yg dpt rumah, dpt tajaan gi umrah. Aku betul2 respect kat DT nie. Tak de ke producer Melayu yg buat camni???

Kalau org Cina bole percaya benda2 ni kenapa kita org Melayu tak mengamalkanya?? Kalau kita nak bersedekah tak kiralah org tu bangsa ape, kulit ape & keturunan ape.

So ape lagi, mulakan dgn amalan bersedekah. Anda pasti menerima ganjaranya, dari segi pahala dan lain2nya....

Tepuk dada tanya selera.....