Monday, March 1, 2010

March Entry

Dah lama aku tak blogging. Bukan malas tapi tak de masa langsung! Mana dgn anak-anak, pastu dengan kelas mlm lagi....

Minggu lepas aku dah mulakan kan kelas malam aku. Bukan aku sambung belajar! Tapi aku mengajar! Kat mana???? Setiap hari Isnin aku mengajar kat tuition centre in Bandar Manjalara. Mengajar English utk Primary 1&2 dan Primary 3. Semula pelajar aku adalah anak-anak orang Melayu yang tak pandai cakap English. Fuh jenuh gak nak ajar depa. Nak buat satu ayat pun tunggang-langgang. Tapi yang bagusnya ajar budak-budak sekolah rendah ni diaorg dengar cakap & cepat tangkap.

Setiap hari Rabu aku mengajar Bahasa Melayu utk Tingkatan 2. Semua pelajar bangsa Cina. Kelas yang ni memang pening kepala aku dibuatnya. Student dah la ramai pastu banyak cakap pulak. Kalau cakap English dengan diaorg sume paham. Their English is superb! Bila suruh cakap Bahasa Melayu terkebil-kebil biji mata. Belum lagi suruh buat karangan. Karangan pendek pun tak lepas inikan karangan 150 patah perkataan. Aku tak bole nak bayangkan bila diaorg ni dok dlm dewan waktu peperiksaan. Sure otak 'blank & blur'....

Setiap hari Sabtu petang aku akan mengajar kat Sungai Buloh. Tapi kelas ni belum start lagi. 6hb baru start. Emak budak ni baru confirmkan kelas semlm. Yang aku tau aku akan mengajar English utk budak Darjah 1. Menurut emak dia, anak dia paham sikit-sikit. Sure mencabar nie..

Untuk tiga kelas ni sebulan aku dapat dlm RM800. Berbaloi gak....rezeki-rezeki! Rezeki anak-anak!!!! :-)

1 comment:

  1. Salam,

    Jemput ke blog kami http://sydbatrisha.blogspot.com. Mungkin ada yang menarik untuk AIDA atau anak-anak. AIDA juga boleh promosikan barangan kami.

    Terima kasih

    ReplyDelete