Monday, March 8, 2010

Saira Banu

Sape Saira Banu nie????

Kalau korang nak tau dia ni salah sorang kwn baik aku masa aku skolah kat SRK Sg Besi 1. Kita berdua mcm belangkas, mana ada aku, dia mesti ada. Cam tuh lah sebaliknya.

Yang baiknya Saira Banu nie, dia slalu belanja aku lunch. Memang pemurah. Tu yang sampai skrg aku ingat jasa dia pada aku.. Kalau aku tak de duit, mesti dia byrkan makanan aku.

Kita org sekolah sama sampai Darjah 6. Lepas tu aku pun tak ingat dia gi mana, atau pun pindah mana.. Berpuluh2 tahun dah berlalu.. Apa yg aku ingat sampai skrg tangan dia banyak bulu.. isskkkk...

Aku pun dah ingat2 lupa wajah dia. Almaklumlah memory dah low...heheheh

Aku berharap sgt2 dpt jumpa dia. Tak sabar nak ucap terima kasih kat dia....

Happy day

Hari ni aku betul2 gembira. Kawan sekolah yg aku cari selama ni akhirnya aku jumpa dlm FB. Itulah penangan FB..

Kawan aku ni namanya Rozana Abdullah, kawan baik semasa aku dalam Tingkatan 4 & 5 Sastera 1. Kitaorg memang rapat, kemana je pergi mesti berdua. Dia ni teror Maths selalunya aku tiru dia kalau tak tau buat homework...Lepas SPM both of us masuk Rima Secretarial Finishing College. Dia belajar half way terus berhenti. Aku plak teruskan pengajian aku. Lepas tu kitaorg terus lost contact. Ada gak aku dengar cerita pasal dia.. Tapi itu dulu...kisah berbelas tahun dulu...

La ni dia dah pun kawin. Anak dah 2 pun. Dua2 perempuan.

Bila ingatkan zaman persekolahan memang seronok. Tak de masalah langsung! I really missed my old days...

Tuesday, March 2, 2010

Jakarta & Bandung Trip

I am planning a trip to Jakarta dan Bandung with Ranita, my best friend in March. The date is confirmed on 12 - 16 March. The flight & transportation has been arranged. I have been in Jakarta but not Bandung. Hence, I am look forward to this trip.

Ibis Tamarin Hotel, Sukajadi Hotel, Pasar Baru, Factory outlet, Kartika Sari Brownies, Tanah Abang etc..... my list of places.

Member-member yang tahu plan aku ni sume nak kirim barang. Sorry babe, bukan tak nak belikan barang-barang u all. Aku pegi sana pun nak beli barang-barang utk buat biz. Dah tentu byk barang aku nak beli. Aku ni naik AirAsia sure kena bayar byk utk luggage fees. Ni yang tak seronok kalau naik AirAsia. Semua benda nak kena bayar. Next trip aku plan naik MAS or KLM.....

Nanti aku update blog ni & post pics...okehh...

Monday, March 1, 2010

March Entry

Dah lama aku tak blogging. Bukan malas tapi tak de masa langsung! Mana dgn anak-anak, pastu dengan kelas mlm lagi....

Minggu lepas aku dah mulakan kan kelas malam aku. Bukan aku sambung belajar! Tapi aku mengajar! Kat mana???? Setiap hari Isnin aku mengajar kat tuition centre in Bandar Manjalara. Mengajar English utk Primary 1&2 dan Primary 3. Semula pelajar aku adalah anak-anak orang Melayu yang tak pandai cakap English. Fuh jenuh gak nak ajar depa. Nak buat satu ayat pun tunggang-langgang. Tapi yang bagusnya ajar budak-budak sekolah rendah ni diaorg dengar cakap & cepat tangkap.

Setiap hari Rabu aku mengajar Bahasa Melayu utk Tingkatan 2. Semua pelajar bangsa Cina. Kelas yang ni memang pening kepala aku dibuatnya. Student dah la ramai pastu banyak cakap pulak. Kalau cakap English dengan diaorg sume paham. Their English is superb! Bila suruh cakap Bahasa Melayu terkebil-kebil biji mata. Belum lagi suruh buat karangan. Karangan pendek pun tak lepas inikan karangan 150 patah perkataan. Aku tak bole nak bayangkan bila diaorg ni dok dlm dewan waktu peperiksaan. Sure otak 'blank & blur'....

Setiap hari Sabtu petang aku akan mengajar kat Sungai Buloh. Tapi kelas ni belum start lagi. 6hb baru start. Emak budak ni baru confirmkan kelas semlm. Yang aku tau aku akan mengajar English utk budak Darjah 1. Menurut emak dia, anak dia paham sikit-sikit. Sure mencabar nie..

Untuk tiga kelas ni sebulan aku dapat dlm RM800. Berbaloi gak....rezeki-rezeki! Rezeki anak-anak!!!! :-)

Thursday, February 11, 2010

Fayyadh Mukhlis




Cerita mengenai Iman sudah, Eenn pun sudah!
Tak lengkap kalau aku tak cerita pasal anak bujang aku nie... Muhammad Fayyadh Mukhlis bin Fakhrurrozi... He was born in August 3, 2007. Satu2nya anak lelaki aku!

Umor dah 2 tahun lebih tapi masih lagi tak pandai cakap :-( Orang kata kalau cepat jalan, lambat cakap. Betul jugak pepatah tuh. La ni paling suka menyakat bb Eenn, pastu satu badan dia cium. Geram kot!

Aku tengok Fayyadh dgn Iman memang tak bole ngam. Pantang jumpa asek bergaduh je! Bila gaduh, Fayyadh mula tarik rambut Iman pastu cakap 'apa hal'. Aku pun tak tau mana dia belajar perkataan tuh. Nak kata bercampur dgn budak2 lain, tak mungkin coz aku ni dok apartment so anak2 aku memang tak keluar rumah langsung tanpa aku & hubby. Itulah namanya budak2 cepat tangkap apa yg dia tengok dari tv. Geng bas sekolah lah, afi & abah lah & mcm2 cerita lagi... end up aku & hubby tak de 'can' nak tengok tv.

Buat parents 'lu pikir lah sendiri'....







Iman's Birthday @ Smart Reader







Masanya telah tiba... Pagi2 lagi aku dah bangun siapkan segala kelengkapan utk dibawa ke sekolah Iman. Semalaman jenuh buat cup cakes & goodies bag for her friends & teachers. Almaklum lah tahun ni merupakan tahun terakhir Iman belajar di Smart Reader. Tahun depan dah masuk Darjah 1. Dah besar anak mummy!

Teringat masa mummy kecik2 dulu. Langsung tak penah merasa nak celebrate birthday nih!
Bukan kata nak celebrate birthday, masuk tadika pun tak pernah, trus masuk Darjah 1. Beruntung betul anak2 zaman sekarang...






Aida = Eenn




Kalau tengok muka Eenn teringat muka aku masa kecik-kecik. Sama & saling tak tumpah. Aku ni kira comel gak ler masa kecik (perasan!). Mak & abah pun cakap.... :-)